
Sejak mendirikan rumah tangga buat kali kedua, nama pelakon Fatin Afeefa serta suami, Aliff Awang sering kali menjadi perhatian netizen.
Terbaharu, nama pasangan itu sekali lagi menjadi bualan ramai setelah Fatin memuat naik hantaran di Instagram memaparkan notifikasi transaksi bank daripada suaminya.
Hal yang membuatkan perkara tersebut meraih perhatian kerana jumlah angka yang tertera dalam status itu seakan-akan lima angka dan rujukan wang itu tertulis sebagai maintenance.
Meninjau di Instagram suaminya, Aliff Awang atau mesra dikenali sebagai Opai, dia berkata perkahwinan adalah satu bisnes.
RESPOND OPAI
“Marriage is a business”
Sekadar info, nama Opai sebelum ini menjadi bualan kerana terdapat seorang individu di Twitter mendakwa dirinya merupakan seorang kaki tipu.
Artikel berkaitan ..
Individu Dakwa Suami Fatin Afeefa ‘Kaki Tipu’?
Sejak akhir-akhir ini, nama Aliff Awang atau mesra dipanggil sampai Opai sering menjadi perhatian ramai kerana selalu membuat netizen berasa kurang senang dengan perbuatannya.
Kali ini, seorang individu di Twitter mendakwa bahawa Opai bukanlah seorang pedagang saham tapi hanyalah sekadar broker sahaja.
Menurut individu terbabit, Opai menjana pendapatan dengan memberi isyarat saham kepada pengikutnya untuk menyeleweng.
Dalam pada masa yang sama, suami kepada pelakon Fatin Afeefa itu turut didakwa telah menipu pengikutnya dan individu yang mendedahkan itu berharap agar kebenaran bakal terbukti serta dapat keadilan.
Biarpun mendakwa Opai sebagai seorang penipu, ada juga netizen yang mempertahankannya dengan berkata dia merupakan seorang broken berdaftar.
Sekadar info, Opai dikritik ramai kerana enggan mengucapkan terima kasih kepada pengikut yang memberi ketika live TikTok seandainya gift yang diberi tidak melebihi ribuan ringgit.
Sumber : Beautiful Nara
Be the first to comment