
Pelawak Amir Raja Lawak berkongsi kegembiraan berjaya memiliki kereta baru hasil titik peluhnya dalam perniagaan dan industri seni.
Menerusi perkongsian di media sosialnya, Amir, 34, memuat naik gambarnya bersama kenderaan jenis Perodua Alza.
“Alhamdulillah, rezeki pembukaan tahun 2023. Terima kasih yang support (menyokong) saya beli Air Jagung Amirreka HQ dan kongsi rezeki shooting (penggambaran) dengan saya.
“Ini adalah hasil dari anda yang ikhlas support dan percaya dengan saya.
“Didoakan semoga kita semua dilimpahkan rezeki, sihat selalu, disembuhkan sebarang penyakit dan terus sukses, aamiin ya mujib,” tulisnya.
Amir Raja Lawak mohon maaf pada pemilik nombor kenderaan
Pelawak Amir Raja Lawak, 34, memohon maaf kerana mengelirukan ramai dengan nombor pendaftaran kereta baharunya yang disunting dalam hantaran gambar terdahulunya.
Amir berkata, nombor pendaftaran sebenar keretanya adalah AME1219 dan bukannya AME12. Dia juga berharap pemilik sebenar nombor pendaftaran kereta itu turut memaafkannya.
“Assalamualaikum. Saya rasa lepas saya ‘post’ gambar bersama kereta tadi, ada salah faham sebab orang anggap nombor saya dua angka itu.
“Sebenarnya ini nombor saya yang betul iaitu AME1219. Nombor 19 yang belakang itu tarikh lahir saya. Gambar penuh plat saya tadi, saya ‘edit’.
“Dengan ini saya minta maaf juga banyak-banyak kepada pemilik nombor plat AME12,” katanya.
Semalam, Amir berkongsi kegembiraan berjaya memiliki kereta baharu hasil titik peluhnya dalam perniagaan dan industri seni.
Dia turut memuat naik gambarnya bersama kenderaan jenis Perodua Alza dengan menggubakan nombor pendaftaran AME12. Namun sejurus itu, Amir memuat naik perkongsian baharu menjelaskan kekeliruan terbabit.
Be the first to comment