
Penyanyi Datin Alyah meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen apabila mereka meninggalkan komen di media sosial dengan mengatakan wajahnya sama seperti orang lain.
Meskipun tidak menyebut nama, Alyah menegaskan bahawa dia mempunyai wajah serta identiti yang tersendiri.
Ini lah ya, orang kata manusia ni ada tujuh wajah yang sama, pelanduk dua serupa. Tapi sekali dua boleh lah kata muka saya sama dengan sesiapa. Tapi kalau setiap kali saya buat video, mesti cakap orang yang sama.
Ya Allah, ya Tuhanku, saya ada mak awak, saya ada ayah awak, saya ada suami, saya ada muka sendiri. Kalau ikutkan saya ni dah tua dah, lahir pun 1981 terpaksa pula kita ikut muka budak tu padahal kita lahir dulu ya, pening.
Dalam pada itu, pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa itu meminta agar netizen berhenti menyamakan wajahnya dengan mana-mana individu.
Tak kisah lah, boleh saja. Ye lah nak cakap macam mana kan, kejadian yang Allah dah bagi tapi kalau dah selalu sangat, upload video semua orang lain tag, tag orang tu.
Rasa macam aku tak ada kehidupan ke? Aku pun nak orang tahu yang aku ni Alyah. Alyah you all.
Difahamkan, terdapat netizen yang mengatakan wajah isteri kepada Datuk Ramli MS itu sama seperti isteri kedua kepada pengarah sensasi.
VIDEO:
View this post on Instagram
RESPOND NETIZEN:
Sumber : OHBULAN
Be the first to comment