Ramai Suruh Bekas Tunang Anju Pergi Pujuk Tapi Dia Taknak. Sekali Dia Beritahu Sebab Kenapa Dia Kecewa Dgn Anju

Hubungan di antara Zarina Anjoulie dan pasangan, Datuk Seri Elzey dikhabarkan bakal beralih ke fasa perkahwinan terhenti di tengah jalan dan perkara tersebut hanya dikongsikan di platform media sosial masing-masing.

Melalui luahan Zarina Anjoulie atau mesra dipanggil sebagai Anju itu, dia sememangnya hargai kenangan manis bersama bekas tunang dan tidak mudah untuk dia lupakan cinta mereka.

Susulan itu, di TikTok Elzey, dia ada membalas komen netizen yang menyuruh dirinya memujuk Anju untuk kembali bersama, namun ahli perniagaan tersebut enggan berbuat demikian.

“Tak nak lah saya tak ok untuk dia. Saya tak mampu menjaga perasaan dia. Takpelah kalau dia kata dah putus saya reda. Saya banyak kekurangan,” tulisnya menerusi sebuah perkongsian semalam.

komen elzey

Dalam pada masa yang sama, lelaki berusia 45 tahun itu sempat juga setuju bahawa wanita tidak pernah salah, namun persoalkan tentang aurat wanita.

Malah, Khazrul juga meminta pelakon filem Hantu Kuat Ketawa itu agar menjaga aurat dengan sebaiknya selepas dikatakan terkejut apabila melihat penampilan seksi pelakon tersebut.

komen elzey

“Kenapa Anju macam tu, tolong lah jaga aurat”

Sementara itu, dia turut mengulas kenyataan Zarina yang meminta tidak dijadikan sebagai bahan konten di media sosial selepas disuruh netizen untuk memujuk pelakon terbabit.

“Ya tapi ‘diwarning’ saya. Saya tak suka orang warning-warning saya. Dia cakap saya buat konten guna gambar dia? Dah gambar saya dengan dia nak buat macam mana?,” katanya.

Sekadar info, netizen mula ‘mengorek’ kisah silam Datuk Seri Elzey dan menemukan satu akaun YouTube memaparkan kehidupan lelaki berkenaan suatu ketika dahulu.

Sumber : BeautifulNara / OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*