Anju Putus Tunang Kerana Bekas Tunang Dia Kecewa Anju Tak Tutup Aurat. Sekali Netizen Dedahkan Anak Perempuan Bekas Tunang

Hubungan di antara Zarina Anjoulie dan pasangannya, Datuk Seri Khazrul Elzey terhenti di tengah jalan selepas pasangan itu dikatakan telah putus tunang.

Walaupun tidak berkongsikan tentang punca perpisahan itu, kedua-duanya ada meluahkan perasaan di akaun media sosial masing-masing.

Terdahulu, Anju meminta bekas tunangnya untuk berhenti menggunakan dia sebagai bahan konten di media sosial.

Malah dia turut berharap lelaki itu dapat bersikap matang dan menyelesaikan isu di antara mereka dengan lebih baik tanpa melibatkan medium Tik Tok.

Khazrul walau bagaimanapun seakan tidak kisah dengan amaran dari Anju dan dilihat sempat membalas komen dari netizen di media sosial.

Menurutnya, dia mengakui berasa malu apabila pelakon wanita itu berpakaian seksi dan memuat naik gambar tersebut di Instagram.

“Susah la hati saya masih terkejut dia pakai seksi macam tu, saya malu. Kenapa anju macam tu tolong lah jaga aurat.”

Tambah lelaki itu, dia berasa malu dan terkejut dengan tindakan pelakon wanita itu selain berharap dia dapat menjaga auratnya sebagai seorang wanita.

Dalam masa yang sama, Khazrul berkata dia sedia maklum tentang amaran yang diberikan oleh Anju yang memintanya berhenti menjadikan dia bahan konten di media sosial.

“Anak taknak plak tegur pasal aurat” – Netizen

Bekas Tunang Anju Rupanya Ada Anak Perempuan, Netizen Puji Cantik – “Muka Photocopy Bapak”

Nama bekas tunang kepada pelakon dan pempengaruh Zarina Anjoulie iaitu Dato’ Seri Khazrul Elzey kini sering menjadi bualan hangat netizen.

Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa usahawan itu merupakan seorang duda dan mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Pova dan Syareen.

Apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah anak gadis kepada Dato Elzey yang bernama Syareen.

Menerusi laman TikTok, Syareen dikatakan mempunyai wajah cantik seperti orang Thailand dan ada iras-iras bapanya.

Malah, anak gadis itu juga merupakan seorang usahawan berjaya seperti bapanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan anak kepada bekas tunang Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju.

Tapi ada juga netizen yang mempertikaikan bekas tunang Zarina Anjoulie apabila anak perempuan dia sendiri tidak menutup aurat.

Terdahulu, Zarina Anjoulie dilihat memadamkan gambar-gambar lelaki itu dari Instagram sekaligus menimbulkan spekulasi tentang status hubungan mereka.

Difahamkan, hubungan tersebut telah pun putus tidak sampai sebulan mereka mengikat tali pertunangan.

Sumber : SYOR/Beautiful Nara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*