Ini Respond Hidayah Selepas Bekas Adik Ipar, Ali Puteh Tuduh Dia Main Benda ‘Khurafat’

PELAWAK Ali Puteh meluahkan rasa kecewa apabila pendedahan mengenai penemuan beberapa barang mencurigakan seperti taburan garam kasar, daun bidara dan bangkai haiwan di kediaman milik Allahyarham Abam menjadi bahan sindiran netizen.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, berkata, masyarakat boleh mungkin boleh menjadikan ia sebagai perkara lawak memandangkan ia tidak berlaku ke atas diri mereka.

“Bergelak ketawalah dengan sindiran komen taburan garam limau dan bangkai itu sebagai mainan. Ada yang mengejek ini sebagai jenaka. Ada yang komen ini rekaan. Siap tulis jangan lupa tambah garam dalam masakan.

“Tak kena pada anda semua, kalau kena pada yang komen itu semua tahulah. Baru tahu apa yang kami sekeluarga rasa, ini barang jangan dibuat main,” katanya.

Ali luahkan kekecewaan yang berlaku.

Ali berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.

Pun begitu, ruangan komen hantaran berkenaan dimatikan dipercayai kerana enggan diganggu dengan sindiran netizen.

Dalam pada itu, Ali memberitahu dia juga telah ‘memulangkan’ semula barang berkenaan kepada pemiliknya.

Malah dia turut berharap agar dosa pemilik barangan yang dihantar ke rumah berkenaan diampunkan.

“Pada si penabur barang-barang itu, jangan risau kita dah pulangkan barang kamu. Kita tak berminat dengan barang kamu. Semoga Allah berikan keampunan dengan apa yang telah dilakukan.

“Handal dengan ilmu Allah berikan untuk bantu orang, bukan handal dengan ilmu aniaya orang,” katanya lagi.

INI RESPOND HIDAYAH BILA DITANYA TENTANG VIDEO ALI PUTEH

Hidayah tidak kisah sekiranya Ali mahu memuat naik video berkenaan sekiranya berpaksa pada kebenaran bahawa dia benar-benar menghantar ‘barang’ di kawasan rumah peninggalan arwah Abam Bocey.

Apa yang menjadi pertikaian Hidayah adalah ‘mengapa’ Ali perlu memadam semula video berkenaan setelah dikongsikan di laman Instagram miliknya semalam.

“Tak apa, bayar RM60,000. Kalau benda betul kenapa perlu padam video balik..”jawab Hidayah apabilla ditanya netizen mengenai tuduhan Ali.

Terdahulu, balu kepada Abam iaitu Norhidayah Mohd Ali berkunjung ke kediaman yang pernah dia bersama Allahyarham tinggal di Gombak selepas tiga tahun pemergian pelawak berkenaan.

Bagaimanapun kata Hidayah, kunjungan ke rumah tersebut tidak disambut dengan baik oleh keluarga suaminya apabila kedatangannya tidak diendahkan meskipun beberapa kali memberi salam.

Untuk rekod, pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan dibuat pelawak tersebut menerusi Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian tersebut, Ali didakwa menuduh Hidayah sebagai seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya.

321562980_1191151261609522_7373619747784947677_n

Hidayah menang kes saman fitnah yang difailkan.

Saman dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000 itu difailkan Hidayah kira-kira 15 hari selepas Abam meninggal dunia.

Setelah dua tahun turun naik mahkamah, Hidayah menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya itu.

Ali pula diperintahkan membayar ganti rugi kepada Hidayah sebanyak RM60,000.

Untuk rekod, pelawak Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Sumber : MSTAR ONLINE/OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*