
“Saya akan menjawab segala persoalan dan memberi pencerahan di media sosial bersama suami, Ungku Ismail.”
Demikian kata pelakon Nad Zainal yang enggan ditemubual media buat kali pertama selepas keluar daripada hospital dan mendirikan rumah tangga.
Nad berkata, suaminya tidak mengizinkan untuk memberi sebarang kenyataan sebaliknya akan berkongsi segala persoalan menerusi video dalam masa terdekat.
“Ada perkara yang saya tidak boleh kongsikan. Dalam video itu nanti, saya dan suami akan jelaskan.
“Kalau boleh sebarang kenyataan saya mahu lakukan bersama suami. Kalau dia (suami) tiada, saya tidak mahu bercakap.
“Kami sudah buat perjanjian untuk menjelaskan segala persoalan bersama-sama,” katanya.
Ditanya mengenai tindakannya yang memilih media sosial sebagai platform untuk memberikan penjelasan, Nad memilih mengunci mulut.
“No Comment for now (tiada komen buat masa ini),” katanya.
Dah kahwin pun masih dipertikai?
Khabarnya, Nad juga sudah kembali ke lokasi penggambaran untuk telefilem terbitan Zeel Production, Mendarat Di Syurga yang turut dibintangi Syafiq Kyle dan Siti Saleha.
Ketika pasangan itu sedang mengecap bahagia, nampaknya ada pula cakap-cakap belakang mengenai mereka. Bukan mempertikai keputusan drastik mereka untuk bernikah.
Sudah sampai seru dan kedua-dua keluarga juga merestui, jadi apa ditunggu lagi? Cuma yang tidak enak didengar, ada pihak mengungkit mengenai kutipan yang dibuat ketika Nad menerima rawatan disebabkan pendarahan paru-paru sebelum ini.
Ungku Ismail telah menjelaskan ke mana wang kutipan itu disalurkan. Masih ada yang mempertikai.
Terdahulu, kira-kira 10 media hadir untuk membuat liputan penggambaran telefilem Mendarat Di Syurga sekali gus meminta penjelasan daripada pelakon drama Cina Buta itu mengenai isu perkahwinannya, dana rawatan ketika dimasukkan ke hospital serta dakwaan yang mengatakan dia ‘bergaduh’ dengan beberapa rakan selebriti.
Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail yang juga perkahwinannya buat kali kedua pada 23 Januari lalu.
Bagaimanapun, berita tentang perkahwinan itu hanya dikongsikan mereka kepada umum pada 29 Januari, kira-kira seminggu kemudian.
Sumber : HMETRO ONLINE
Be the first to comment