Adik Beradik Hidayah ‘Sekolahkan’ Ali Puteh Lepas Dia Dakwa Kakak Mereka Main ‘Sihir’

Ali Puteh ketika ditemu bual memberitahu dia bersetuju untuk membayar wang RM60,000 kepada balu Abam, Hidayah Ali secara ansuran.

Bagaimanapun, dia turut meluahkan kekesalan atas dakwaan Hidayah tentang rumah milik arwah abangnya itu tidak dijaga dengan baik selepas pemergiannya.

Isu yang berlaku antara mereka berdua ini sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas sekian lama tiada khabar kita dengari.

Dua tahun saya terpaksa berjimat cermat, tak ada tawaran kerja - Ali Puteh - Utusan Malaysia

Bukan hanya orang ramai tetapi sudah tentu mereka yang paling dekat dengan Ali atau Hidayah turut terkesan dengan persengketaan ini.

Abang Hidayah, Mohd Azmier turut memberi respon terhadap isu ini dan menyifatkan pelawak itu seperti cakap tidak serupa bikin.

Menerusi Facebook, Azmier berkata Ali bukan sahaja mengelak untuk membayar RM60,000 tetapi juga tidak memberikan kunci rumah arwah Abam kepada Hidayah.

Dua kali bagi notis 14 hari, tambah lagi 7 hari pun dia buat diam kunci rumah pun tak bagi.”

Sementara itu, adik Hidayah pula iaitu Mohd Zainuddin sempat berpesan kepada Ali menerusi Facebook untuk perbanyakkan ilmu agama.

Ia gara-gara tuduhan pelawak itu bahawa kakaknya mengamalkan ilmu sihir selepas menemukan ‘garam kasar’ di keliling rumah.

“Bo doh tu simpan sikit  Perbanyak kan lagi ilmu agama ye , garam bnyak gunanya natizen pun dh pandai tau hahahaha kelakar”

Terdahulu, pada 28 Disember tahun lalu, Ali gagal dalam rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada Hidayah kerana memfitnah dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.

Kemelut antara wanita itu dengan keluarga Ali tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan akibat demam panas pada 10 Februari 2020.

Pada Mei 2020, Hidayah menyaman Ali berhubung kenyataan dibuat pelawak itu menerusi akaun Instagramnya, antara lain menggambarkan wanita itu sebagai seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka arwah suami.

312325781_179325847977422_9154057304618072738_n

Pelawak itu dengan tiga ahli keluarganya turut menfailkan saman terhadap usahawan kosmetik, Aliff Syukri dan kakak iparnya atas dakwaan berkonspirasi bersama niat untuk menjatuhkan maruah dan mengaibkan mereka dengan menerbitkan serta memuat naik satu video temu bual yang disiarkan secara langsung dalam YouTube.

Sumber : Beautiful Nara / Kosmo Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*