Ini Sebab Kenapa Naim Daniel Tidak Menang Persembahan Terbaik Walaupun Dah Menyanyi Tergantung Terbalik

PERSEMBAHAN mantap penyanyi Aina Abdul di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) melayakkan dirinya menjadi juara bagi edisi kali ini.

Menurut ketua juri iaitu Datuk Mokhzani Ismail, seramai 12 orang juri lain turut sebulat suara bersetuju memilih lagu Terus Hidup itu untuk diangkat sebagai juara pada malam Ahad.

Kata Mokhzani, lagu ini bersaing hebat dengan lagu Semalam Di Temasek yang menjadi naib juara.

ernie n marsha

Nama Ernie (kiri) dan Marsha juga disebut-sebut sebagai pemenang Vokal Terbaik.

Bagaimanapun, kemantapan vokal Aina bersama gubahan muzik menjadikan ia pilihan tepat berbanding karya nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone.

“Tanpa ragu-ragu barisan juri membuat keputusan untuk mengangkat lagu Terus Hidup sebagai juara. Aina menyampaikan lagu itu berbeza dari rakaman album. Menerusi gubahan muzik pada malam tersebut, ada bahagian yang boleh menjerat seorang penyanyi namun dia sampaikan dengan bersahaja.

“Perbezaan markah dengan lagu di Semalam Di Temasek hanya dua mata sahaja. Kemenangan Aina dalam kategori Vokal Terbaik telah memberi dia kelebihan untuk bergelar juara,” katanya kepada mStar.

Bercakap mengenai pemenang vokal terbaik, Aina mendapat saingan sengit Ernie Zakri yang menyampaikan lagu Korban dan Marsha Milan (Kembali Terang).

Menurut Mokhzani, sepanjang membuat persembahan barisan juri sukar untuk mencari kesalahan dalam nyanyian Aina.

“Aina bukanlah menang mudah untuk kategori vokal kerana tiga kedudukan teratas juga turut menyenaraikan Ernie dan Marsha.

“Susah nak cari kepincangan Aina dari segi pitching, ekspresi dan dinamik. Semua elemen itu ada dalam persembahan Aina.

“Ernie dan Masha juga bagus. Namun untuk persembahan Marsha apabila terlalu menjerit ia boleh memerangkap dan keselesaan penyanyi itu juga dilihat ketika banyak bermain teknik vokal,” jelasnya.

KENAPA NAIM DANIEL TAK MENANG

naim daniel 1

Manakala untuk Persembahan Terbaik pula, juri memilih Shiha Zikir yang menyampaikan lagu berjudul Irama meskipun ramai yang meramal Naim Daniel (Mainan) bakal menang kategori tersebut.

Tidak menafikan kreativiti Naim yang menyanyi secara tergantung dan terbalik di atas pentas, Mokhzani bagaimanapun berkata agak sukar mencapai kualiti vokal sempurna apabila membuat persembahan sebegitu.

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

“Shiha memang mendapat markah tinggi untuk persembahan. Naim juga tidak kurang hebat dan memberi saingan. Dia berani namun dari segi vokal sedikit kurang berbanding Shiha. Bukan mudah nak menyanyi dalam posisi terbalik dan tergantung.

“Garapan persembahan lagu Satu Malam Di Temasek juga mampu untuk menang persembahan terbaik. Namun kita nilai secara keseluruhan dan juri memilih Shiha,” ujarnya.

aina abdul 1

Aina bawa pulang dua trofi di malam AJL37.

AJL37 menyaksikan Aina membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM112,000 selepas bergelar juara dan menang Vokal Terbaik.

Selain Mokhzani, AJL37 turut diadili oleh Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman, LY dan Damian.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*