Sebelum Aliff Satar Diumumkan Juara Tempat Ketiga. Apa Yg Liza Hanim Buat Depan Aliff Buat Ramai Terhibur

Semalam berakhir sudah Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) menyaksikan 12 finalis memberikan persembahan yang hebat dan terbaik.

Umum sedia maklum kesemua finalis di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) telah memberikan persembahan yang terbaik buat para penonton yang berada di Axiata, Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur mahupun di rumah.

Ada moment moment menarik dan lucu ketika acara berprestij itu berlangsung dan antaranya adalah gelagat Liza Hanim sebelum Aliff Satar diumumkan jadi juara tempat ketiga.

Liza Hanim tidur sekejap

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh TV3 Malaysia di laman TikToknya, gelagat penyanyi Liza Hanim telah berjaya mencuri perhatian ramai gara-gara dia berseloroh dengan tidur sekejap ketika menunggu keputusan barisan pemenang.

Dalam video yang berdurasi pendek itu, beberapa aksi yang mencuit hati telah berjaya di rakam oleh pihak televisyen yang menunjukkan beberapa orang artis sedang leka berbual bersama rakan telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata netizen terhibur melihat reaksi wajah Alif itu yang seolah tidak menyangka menang tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu.

Kata netizen lagi, sebelum ini asyik jadi hos sahaja namun akhirnya berjaya masuk ke AJL dan lebih manis lagu dibawakannya menang.

Dalam pada itu, ramai yang berkesempatan menitipkan ucapan tahniah buat para pemenang yang berjaya mendapatkan tempat dalam pertandingan berprestij tersebut.

1st TIME MASUK AJL MENANG

Anugerah Juara Lagu 37 menyaksikan Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar dan The Locos dinobat tempat ketiga, tempat kedua dimenangi Satu Malam Di Temasik (Joe Flizzow & Sonaone) dan lagu Aina Abdul iaitu Terus Hidup dinobat Juara AJL37.

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Sumber : OMM/ROTIKAYA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*