Ramai Tanya Isteri Aliff Syukri Dah Nak Bersalin Ke, Sekali Datin Shahida Beritahu Apa Sebenar Berlaku

USAHAWAN Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid memaklumkan dia dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Shahidah, 38, yang juga isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu sudah tiga hari dia menerima rawatan di hospital selepas berasa tidak sihat apatah lagi ketika ini dia sedang hamil anak keenam.

“Ramai tanya saya dah sampai masa bersalin ke? Belum lagi… Saya tak sihat dah tiga hari dekat hospital. Ada jangkitan paru-paru,” katanya.

Datin Shahidah sudah tiga hari dirawat di hospital.

Shahidah berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan keadaanya terbaring di katil hospital sambil menggunakan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Shahidah yang sedang hamil lapan bulan memohon orang ramai mendoakan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungannya.

“Doakan saya dah bayi sihat, ya. Tak senang juga duduk sini lama-lama sebab anak-anak di rumah pun tak sihat juga,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya mendoakan kesembuhannya dan berharap semua urusan Shahidah dipermudahkan.

“Harap datin diberikan kekuatan mengahadapi ujianNya. Semoga datin kembali sihat dan segalanya dipermudahkan,” antara komen netizen.

Untuk rekod, Aliff dan Shahidah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.

Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.

VIDEO:

 

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*