Berita Baik Untuk Rakyat Sempena Hari Raya. Ini Jumlah Wang Yg Akan Diberikan Dlm Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

BERITA baik untuk penjawat awam apabila kerajaan memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dinaikkan kepada RM700.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bayaran akan dibuat pada bulan April 2023.

“Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak 700 ringgit kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah.

“Ia termasuk lantikan kontrak selain 350 ringgit juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan,” katanya.

Perkara itu diumumkan oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2023, pada Jumaat.

Artikel berkaitan..

Belanjawan 2023: Kerajaan Setuju Beri RM500 Ke Dalam Akaun 1 Pencarum KWSP

RM500 akaun 1 KWSP

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebentar tadi menyatakan bahawa kerajaan bersetuju untuk menambah sebanyak RM500 caruman KWSP ke dalam Akaun 1 setiap pencarum yang berumur antara 40 hingga 50 tahun.

Menurutnya, pemberian itu akan dibuat sekiranya simpanan KWSP pencarum tersebut berjumlah kurang daripada RM10,000 di dalam akaun mereka.

Jelasnya, program ini akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli KWSP melibatkan peruntukkan sebanyak RM1 bilion.

Selain itu, Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka. Agar simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hari ini telah membentangkan Bajet 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat.

Bajet yang dibentangkan pada hari ini merupakan belanjawan pertama dibentangkan Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri Kesepuluh itu.

Sumber : MSTAR ONLINE / BERNAMA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*