
Selepas viral beberapa kontroversi berhubung pelakon, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada di media sosial, orang ketiga yang dikaitkan dalam kisah rumah tangga pelakon tersebut iaitu Athira Yuhada kelihatan memuat naik satu posting di Instagram Storynya semalam.
Menerusi posting tersebut, Athira dilihat bercakap mengenai perasaan orang yang disakiti. Ujar Athira, ‘jika insan yang disakiti enggan memberi kemaafan, Allah pun enggan’.
Terdahulu, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengesahkan suaminya telah menumbuk sebanyak tiga kali sehingga terpaksa menerima 10 jahitan di pipi kiri.
Berikutan daripada itu, Hafidz telah ditahan oleh pihak polis.
Bagaimanapun, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pelakon itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.
RESPOND NETIZEN:
“Dah runtuhkan rumah tangga org, tk malu lg berlagak acah2 dia pula mangsa. Moga diberi pembalasan oleh Allah” – Netizen
Artikel berkaitan..
Shuhada terus buat pendedahan, dakwa adik ipar bersubahat dengan Hafidz Roshdi
SEJAK insiden dikasari Hafidz Roshdi pada 2 Mac lalu, Nurul Shuhada Mat Shukri dilihat tidak mendiamkan diri dan terus mendedahkan satu persatu sikap pelakon berkenaan.
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram miliknya, Shuhada, 29, memberi bayangan sikap aktor itu turut mendapat sokongan daripada ahli keluarga mentuanya termasuk adik iparnya yang didakwa bersubahat dalam kejadian menimpanya.
Shuhada bagaimanapun reda dengan apa dilaluinya ketika ini sekali gus berharap agar terus kuat untuk berdepan dugaan.
Shuhada sekali lagi buat pendedahan mengenai Hafidz Roshdi.
“Saya akui ujian Allah buat saya kali ini amat berat, sangat berat. Allah dah tulis takdir hidup saya dan anak-anak dengan sangat teliti.
“Sehebat dan sebesar mana pun ujian buat saya dan anak-anak, saya tak boleh lari, saya kena lalui perit sakit semua itu.
“Saya ditumbuk, saya dikhianati, saya ditipu, saya dipermainkan dengan nama Allah (dia bersumpah itu ini) sedang adik dia sendiri bersubahat dan sebagainya,” katanya.
Tambah Shuhada, dia percaya kejadian yang berlaku ketika ini merupakan bantuan dari Allah untuk membebaskan dia daripada terus berdepan dengan keluarga mentuanya yang disifatkan sebagai toksik.
Dalam pada itu, Shuhada juga memohon agar orang ramai terus mendoakan agar dia dan anak-anaknya terus kuat berdepan ujian.
“Allahuakbar rasanya jiwa saya dah rabak, hati saya dah remuk, saya tahu Allah tengah hulurkan tangan buat saya untuk keluar daripada penderitaan ini, hubungan ini, dari keluarga toksik.
“Saya mohon sangat doakan saya kuat, doakan anak-anak saya kuat, kami nak berjaya lalui ujian Allah ini dengan flying colours. Insya Allah saya tak akan pernah lupa semua yang mendoakan saya,” ujarnya.
Sementara itu, usaha mStar menghubungi Hafidz untuk menjawab tuduhan itu gagal apabila panggilan telefon dibuat tidak dijawab.
Sumber : OH BULAN / MSTAR ONLINE
Be the first to comment