Ini Kata Kata Hafidz Roshdi Yang Sayu Kepada Isterinya Shuhada Diluar Mahkamah

Pelakon Hafidz Roshdi mengakui masih mencintai isterinya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Hafidz berkata, beliau akan berusaha untuk berdamai dan berbaik semula dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

“Saya mahu berbaik dan harap ruang pendamaian (dengan isteri) masih terbuka.

“Rasa cinta saya terhadap Shuhada masih ada,” katanya kepada pemberita selepas diikat jamin pada Isnin.

Hafidz terdahulu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya, Nurul Shuhada, 29, dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.

Mahkamah Perintah Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia Untuk Jalani Rawatan Psikiatri

Bagaimanapun, bintang filem Pusaka itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret.

Mahkamah kemudian memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.

Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan dia berlaku curang sebelum kesnya itu lebih panas apabila dia bertindak mencederakan isterinya.

Mengulas lanjut, Hafidz berkata, pertuduhan yang dihadapinya itu adalah satu episod paling suram dalam hidupnya.

“Apapun, saya reda dengan apa yang telah ditakdirkan. Kini kes saya telah dihadapkan ke mahkamah dan biarlah mahkamah sahaja yang membuat pertimbangan sewajarnya,” ujarnya.

Hafidz turut meluahkan rasa rindu kepada dua cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Humairah, 6, dan Umar, 2, kerana tidak berjumpa kedua-duanya sejak dua minggu lalu.

“Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar, abah rindu dan sayang kalian berdua. Tidak pernah sesaat pun abah lupakan kalian,” katanya sebak.

VIDEO:

Sumber – Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*