Peguam Hafidz Roshdi Dedahkan Apa Yg Berlaku Kepada Anak Guam Dia Selepas Kecoh Dia Didakwa Pvkul Isteri Sendiri

Krisis yang melanda rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri telah mendapat perhatian umum termasuklah penerbit dan syarikat produksi.

Berdepan pertuduhan mencederakan isteri, pelakon berusia 29 tahun ini dikhabarkan telah hilang sumber pendapatan selepas beberapa syarikat penerbitan menarik semula tawaran berlakon terhadapnya.

Mahkamah Perintah Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia Untuk Jalani Rawatan Psikiatri

Berikutan pertuduhan itu, Hafidz yang diperintahkan membayar ikan jamin oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru telah memohon agar dikurangkan ikat jamin melalui penguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader atas alasan menanggung dua orang anak.

Hilang Rezeki

Beliau kehilangan pendapatan selepas beberapa produksi menarik balik tawaran berlakon susulan kontroversi dihadapi selain mempunyai tanggungan dua anak.

Beliau juga mengidap gangguan bipolar, namun menjelaskan bahawa ia bukan masalah mental yang serius seperti masalah skizofrenia.

Terdahulu, hakim yang bertindak sebagai majistret telah memutuskan pelakon filem Pusaka itu dikenakan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin berserta beberapa syarat tambahan.

Ini termasuk dia dikehendaki menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan menjalani penilaian psikiatri.

Selain itu, terduduh juga tidak boleh mengganggu mangsa secara terus atau melalui ejen dengan apa cara sekali pun.

Manakala syarat seterusnya, pasport perlu diserahkan kepada mahkamah. Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 9 Jun hadapan sebagai sebutan semula kes.

VIDEO:

 

Sebentar tadi, Hafidz mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Siti Fatimah Talib berhubung pertuduhan menumbuk pipi kiri isterinya di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.

Sumber : OHBULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*