Ramai Nak Support Bisnes Biskut Shuhada Tapi Terkejut Tengok Harga. Shuhada Jelaskan Kenapa Harga Biskut Tersebut Tinggi

Sejak akhir-akhir ini, nama isteri kepada pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada sering disebut ramai akibat kemelut rumah tangga yang dihadapi.

Namun, kini dia sudah bangkit dengan penuh semangat melakukan perniagaan kecil iaitu menjual biskut berjenama Satu Tak Cukup Shelup Shelup untuk kelangsungan hidup bersama anak-anak.

Ramai yang mahu membantu wanita tersebut dan seorang pengguna berkongsi satu hantaran video melihatkan Shuhada sedang promosikan biskut jualannya itu di live TikTok.

“RM179 Tambah RM15, Mak Ai Tak Mampu Nak Support” – Netizen Pertikai Harga Biskut Jualan Shuhada Terlalu Mahal

Bagaimanapun, apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut terutamanya golongan B40 sewaktu mengetahui harga biskut tersebut adalah RM179 dan tidak termasuk servis penghantaran, RM15.

komen netizen

Menangis tengok harga

komen netizen

Disebabkan itu, para netizen berkata diri mereka hanya boleh sedekahkan doa sahaja buat ibu anak dua itu sebagai tanda sokongan kerana tidak mampu untuk membeli biskut jualannya.

Biarpun ramai pertikaikan harga biskut jualan Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu itu, ada juga segelintir netizen memberi cadangan agar biskut itu dijual secara mini dan boleh diletak dengan harga yang lebih mampu milik untuk semua orang.

komen netizen

Shuhada buat penjelasan kenapa biskut itu ‘mahal’

Shuhada tampil jelaskan kenapa biskut dia jual dalam harga tinggi menerusi Instagram beliau.

Hi Sayang sayang semua. Shu nak kenalkan first cookie dalam #ShelupShelup

Bila makan Pinkcrunch ni, kita akan rasa macam makan real strawberry tapi tak masam and of course crunchy

Untuk yang first tengok Shelup Shelup, jangan cepat melompat. Dalam satu box #ShelupShelup, ada 6 jenis Cookies. bukan 6 ketul ya. Memandai je yang comment tu 

#SatuTakCukup, memang lepas makan satu cookies, confirm nak satu lagi.

Sebab memang banyak combination menarik boleh dicuba. maksudnya apa ?

Maksudnya, kalau ikut matematik, Shu sediakan 6 cookies yang boleh dicelup dalam 3 balang dipping sauce. Kemudian, ada 2 crumbs untuk dicelup lagi untuk hasilkan extra rangup dalam pengalaman mencelup kita. So, ada berapa possible combination tu ? Jawab kat comment kalau masih ingat subject sekolah menengah hehe

Dipping sauce kita bukan dipping sauce cap ayam. Bukan dipping sauce murahan seperti yang dicanang oleh makcik bawang tu.

First, Shu bagi nama Milky Chocolato yang obviously flavor milk chocolate yang famous satu dunia. Semua pun familiar.

Second, Bueno Bueno yang filling Kinder Bueno hazelnut white chocolate tu.

Lastly, Caramel Sauce ala ala dessert kat hotel 5 bintang. Teringat buka puasa kat hotel.

Crumbs pula, bukan crumb biasa ya. Biscoff and Oreo. Nak cicah dua crumbs sekali pun bolehhhh. harga biscoff and oreo tak murah ya. Kita kata premium, kita bagi premium.

Harga memang bukan untuk makan sorang. Kuantiti dalam pun boleh share satu keluarga. Jadi, ni pack Raya yang berbaloi untuk satu family kongsi. Kongsi kongsi beli sebelum shu keluarkan single flavor pack lepas raya ni.

Sumber : Beautiful Nara / IG Shuhada

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*